Bagi aku ..kalau suami tu baik ..maka baik la kita jadinya.. kalau suami tu dajal.. maka.. hmm paham paham sendiri la...Perkahwinan aku yang pertama punah setelah 12 tahun bersama.. nak salahkan sapa.. aku ke suami?.. hmm kalau nasi dah jadi bubur..tak guna nak salah menyalahi. Teruskan hidup..adik aku rumahtangga dia pun tumpas ditengah jalan..Ramai kawan aku yang bergelar mak janda ni.. ..salah siapa ?.. Kadang yang isteri baik, suami jahat.. kadang suami baik, isteri yang jahat..Hidup ni ibarat roda.. kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. Semua orang inginkan yang terbaik...ada wanita yang sanggup berkongsi suami. Ada yang rela mati bunuh diri kalau dimadu.. ada pula sanggup bersabar walau dipukul bantai ....
Bekas suami pernah berkata.."Kalau tiada rasa cinta dalam hubungan.. tak guna diteruskan.."kata kata ni lah aku gunakan balik pada dia.. ha.. amik kau..Begitu setia aku menjaga makan minum kau..kau mengatal dengan perempuan lain...Ni plak kisah adik aku ..dah la badan kurus melidi.. habis dipukul bantai..lebam sana sini.. Suami dia nampak jer baik.. tapi perangai macam setan...Dah bercerai.. jadi gila talak pulak.. dipendekkan cerita.. adik aku ni tinggal dirumah aku selepas cerai...pagi tu..aku sibuk keluar rumah buang sampah.. lupa nak kunci pintu.. tak kan sangka la.. ada yang menunggu nak masuk rumah.. Tiba tiba dengar teriakan adik aku dari bilik dia yang berkunci.. "Buka pintu ni.. kalau tak aku panggil polis..!".. haaa terperanjat aku.. si setan kat bilik cuba nak merogol bekas bini dia tu..ku capai kayu yang ada.. habis aku sepak teranjang mamat setan tuu.. macam tikus si mamat lari keluar rumah...Adik aku menangis teresak esak..nasib baik tak jadi apa apa..Ini kisah suami yang dajal. Aku tak kata semua lelaki ni jahat .Kita perempuan pun bukannya baik sangat..Kita wanita yang lemah.. sekuat mana pun kita .. takkan mampu melawan.Kecuali kita ada tali pinggang hitam... hahahaha. Yang ni pula kisah kawan aku... Suami baik.. isteri pulak macam setan...Habis si suami kena belasah si isteri tak kira dimana.. si suami ditampar ..kena hentam kasut sampai berdarah muka.. mana taknya.. kasut tumit tuuu!... alasan si isteri, suami tak dengar cakap, ..minta duit tak bagi... alahai.. nasib baik la suami dia ni mat saleh.. diam tak tahu nak melawan.. cuba kalau kena dengan bangsa kita.. .haloo!!...5 jari boleh singgah kat pipi si isteri....takpun berderai gigi ...hehehe..( lawak seram la pulak..)
Tapi bila perkahwinan aku gagal aku merintih..menyesali hidup yang tak bahagia..tiap kali aku pergi minum.. balik mabuk.. mula la aku menjerit jerit.."Bapak balik la bapak... dewi tak tahan dengan hidup ni..hati dewi sakit pak...".."Dewi nak tinggal dengan bapak..kenapa bapak tinggalkan dewiii..?"..tapi apakan daya jeritan aku tidak terjawab.. Anak anak aku la yang menjaga aku ..mereka berikan aku kasih sayang yang tak berbelah bagi...Anak anak mangsa penceraian ibu bapa.. kalau kita tak bagi contoh yang baik dan kesabaran memang susah nak kekalkan hubungan...Ingat lagi waktu mula bercerai.. anak sulung ku benci betul pada aku.. Maklum la.. baru bercerai..aku ni tak mampu.. tak berduit macam bekas suami. Hanya anak kedua ku Yuliana yang setia disamping aku...."Mama ..jahat.. mama perempuan jahat.. Yani benci mama!".Yani menyalahkan aku,seolah olah aku la punca penceraian antara aku dan bekas suamiku."Yani..tak baik cakap mama macam tu.. kak Yani tak sayangkan mama ke".. seperti biasa Yuliana cuba menyokongku...aku hanya mampu menangis..ku telan setiap kata kata dengan hati yang sangat luka. takkan ku lupakan saat itu..tak tahu apa yang meracuni fikiran anakku Yani. Entah apa yang bekas suami bubuh dalam kepala otak anak aku. Tapi aku sabar.. suatu hari Yani akan tahu cerita sebenar. Kini dengan berkat kesabaran sebagai seorang ibu akhirnya terbalas...Yani menyesali setiap kata dan perbuatannya terhadapku..Bertahun akhirnya doaku diterima...Alhamdullilah..akhirnya aku dan anak anakku berkumpul semula.Bekas suami menjadi kawan baikku.Kami bersetuju untuk membesarkan anak anak kami tanpa menghubungkaitkan masa lalu..Yang berlalu biar la berlalu.
Hidup ini tanpa jatuh dan bangun ..kita takkan tahu
apa erti sakit..duka..cinta dan bahagia. Maka jika ada wanita yang terluka..bangkit la jangan hidup diselubungi duka..Percaya pada diri sendiri..kita wanita..adalah insan yang tabah...Pada lelaki jangan lah mengambil kesempatan akan kelemahan wanita...Cintai lah mereka seperti kamu menyintai diri kamu sendiri.....Cinta itu indah kalau dipupuk dengan kasih sayang.. ketulusan hati.. dan kesabaran. Tiada manusia yang sempurna..tiada manusia yang tidak punya dosa.. Hidup didunia hanya sementara.. tiba masa kita kan pergi jua.. hargai la apa yang kita miliki sebelum ia hilang tanpa disangka...Bagiku, aku akan terus menjalani hidup, ..pengalaman masa silam aku jadikan semangat untuk jadi yang lebih baik....biarpun aku takkan dapat melupakannya.. Aku percaya ramai wanita di luar sana punya kisah silam ..yang kadang kadang boleh buat kita tersenyum atau menitiskan airmata... Cinta dan airmata takkan dapat dipisahkan.. Aku hanya berharap dimasa depan hanya airmata kebahagian yang akan membasahi pipiku......hmmm dah masanya aku sambung kerja rumah.. nanti suami balik.. dapur tak berasap.. kepala suami yang berasap..hehehe. Kalau nak diikutkan hati..satu hari pun tak cukup nak bercerita..aku akhirinya hari ini dengan puisi cinta.. hayati la yea....xxx
Setitis kebencian di dalam hati
Pasti akan membuahkan penderitaan
Tapi setitis cinta di dalam ruang hati
akan membuahkan kebahagiaan sejati
Jika kita mencintai seseorang
Berusahalah untuk tampil apa adanya
karena Cinta sejati selalu dapat
Menerima Kelebihan dan Kekurangan
Berusahalah untuk tampil apa adanya
karena Cinta sejati selalu dapat
Menerima Kelebihan dan Kekurangan