Hari ni duduk tengok2 gambar kat facebook..hmmm cepatnya masa berlalu.. anak2 da semakin membesar. Rindu pula masa masa gelak ketawa bersama. Terlihat senyuman bahagia disetiap photo photo lama yg ku lihat. Tak siapa tahu apa yg akan berlaku di masa depan. Aku kini jauh dari anak2, merantau mengikut suami di England. Hmmm tak sabar rasanya nak balik berkumpul semula bersama keluarga. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri.. pepatah ni sepatutnya terbalik.. hujan emas dinegeri sendiri sb disitu la cinta , kasih sayang dan ikatan keluarga yg tak terpisahkan ibarat emas intan berlian tak dapat dinilaikan betapa berharganya.Rinduu rinduu serindu rindunya kat Yenny Fitria, Olivia, Carolina, Ferra dan Danish anak2 tersayang. Tunggu kepulangan mama ye xxxx..................
Anakku...sayang..
Waktu mama menatap wajahmu..
Hilang resah didada...
Senyuman kau ukir kali pertama engkau lahir..
Hilang kesakitan yang ada..
Anakku..sayang...
kau membesar menjadi remaja..
Menyayangi mama seadanya..
Gelak tawamu mewarnai dunia..
Mama bangga kerana kau membuat mama bahagia..........xxxx