Dear Readers,

"Almost everyone has suffered painful,sad and happy moments when falling in love and life. In this page, we share some of the sad, happy, love, life story , short novel, articles and quotes, hope you can find your feeling here and feel better!"
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup, tetapi benih tidak akan tumbuh seandainya tidak dipupuk dengan keberanian,cinta dan kasih sayang. Hidup bukan tentang mendapatkan apa yang kita inginkan, tetapi tentang menghargai apa yang kita miliki, dan sabar menanti yang akan menghampiri.. .Selagi ada cinta selagi itulah ada harapan dalam kehidupan xx

Almost everyone has suffered painful and sad when falling in love. That is a inevitable part when two people in love with each other. In this page, we share some of the best sad love quotes, hope you can find your feeling here and feel better! - See more at: http://sayingimages.com/sad-love-quotes-heart-broken-quotes/#sthash.VNbMeqQS.dpuf
Almost everyone has suffered painful and sad when falling in love. That is a inevitable part when two people in love with each other. In this page, we share some of the best sad love quotes, hope you can find your feeling here and feel better! - See more at: http://sayingimages.com/sad-love-quotes-heart-broken-quotes/#sthash.VNbMeqQS.dpuf
Almost everyone has suffered painful and sad when falling in love. That is a inevitable part when two people in love with each other. In this page, we share some of the best sad love quotes, hope you can find your feeling here and feel better! - See more at: http://sayingimages.com/sad-love-quotes-heart-broken-quotes/#sthash.VNbMeqQS.dpuf

Translate

Monday 27 October 2014

Cerpen Kerana Dia Aku Ternoda Part 2 (sambungan akhir ...Kerana Dia Aku Ternoda )

Hujan renyai renyai membasahi halaman rumah...aku termenung diberanda. Kepulanganku ke kampung halaman membawa hati yang luka."Anak dara tak baik termenung disenja hari..nanti tak laku"..sapa ibuku.."Hmm apa lah mak ni....rehat sekejap pun tak boleh.."aku mengeluh sambil berlalu pergi..
"Hishh budak budak sekarang..tak boleh ditegur..sikit sikit nak merajuk.."."Maria..kau tu dah 25tahun..dah tiba masa berumahtangga..takkan nak tunggu sampai jadi anak dara tua..?" ibuku berleter panjang...Kalau la ibuku tau aku bukan dara lagi...ha..tak tahu la apa akan jadi..Mati aku dibelasah nanti. Biarlah cerita aku bersama Dahlan menjadi suatu rahsia..
"Hai Maria...lama tak jumpa.. apa khabar orang kota metropolitan..? usik Mazlan diam diam.."Eh Mazlan..kau terkejutkan aku la..aku sihat..kau macam mana..?.."Aku sihat Maria..bertambah sihat lagi bila jumpa kau.."sahut Mazlan mengusik. Mazlan kawan sekampung...Sejak kecil kami bermain bersama..hinggalah aku membawa diri ke Kuala Lumpur dan Mazlan sambung belajar ke luar negeri.
"Bila kau balik dari Australia..?tanyaku pada Mazlan.. Mazlan tersengih sengih memandang aku.."Boleh aku duduk..? tanya Mazlan.."Jambatan ni kerajaan punya..bukan nenek moyang aku yang punya..duduk la.. kalau kau nak terjun dari jambatan ni pun boleh..""Amboiii!!! marah nampak.. Maria kalau kau marah makin manis..."Mazlan terus mengusikku.. Aku buat tak endah..hmm menyampah pulak dengan mamat ni ..gedik semacam.
"Aku dah lama balik ke kampung Maria..sawah padi ayah tiada yang uruskan.. so aku tolong la mana yang mampu.."Mazlan menyambung cerita. "Kebetulan aku dengar kau pun ada di kampung.. terubat rindu aku pada kau Maria..kau kan tahu betapa sayangnya aku pada kau..tapi tu la kau jual mahal.. !!" Mazlan merepek memanjang. Aku hanya tunduk diam membisu..."Ni..satu lagi lelaki buaya.."bisik hati kecilku.Pintu hatiku telah tertutup untuk menerima mana mana lelaki.Aku tak ingin disakiti.Lagipun siapalah aku untuk menyintai sedangkan diri ini telah ternoda...Di kampung setiap hari Mazlan datang ke rumah..mengharapkan aku membalas cintanya.
"Maria...Mazlan tu baik orangnya..jangan la kau tolak...keluarga Mazlan datang merisik nak meminang kau Maria.., Mak setuju aja.."ucap ibuku memujuk..."Tapi mak..!Maria tak bersedia lagi nak kahwin.."aku cuba menjelaskan pada ibu.
"Dah..jangan nak berdolak dalik.. bila kau nak ke Kuala Lumpur mak turutkan..sekarang ini permintaan mak..mak dah terima pinangan si Mazlan...bulan depan majlisnya..paham!" "Tapi mak..." "Arghhh!! takde tapi tapi lagi!.." jawab ibuku memaksa.Aku dalam dilema..Apa yang harus aku lakukan.Jika Mazlan tahu aku sudah ternoda..apakah dia akan menerima aku...Patutkah aku memberitahu Mazlan..Bermacam persoalan timbul difikiranku. Bingung aku jadinya. Aku jadi serba salah, takut dan malu dengan apa yang akan menimpaku kelak...
Dihari pernikahanku..riuh rendah paluan kompang berbunyi...tetamu mula ramai memenuhi ruang tamu...Tangan dan kakiku gementar.. ..Mak andam tidak habis habis mengusap peluh didahiku.."Jangan takut..memang la adat hari pernikahan berdebar debar..tarik nafas.. mengucap banyak banyak ye...malam pertama dengan suami jangan gelojoh...ha..biar si suami yang memulakan..layan suami sebaiknya..insyaallah..bahagia ke anak cucu.."panjang lebar mak andam menasihati aku...Dengan lesunya aku melangkah ke arah pelamin diiringi sanak saudara. Petang itu aku selamat dinikahkan dengan Mazlan.
"Sayang...abang bahagia Maria kini milik abang yang sah.."ucap Mazlan sambil jari jemarinya menyentuh bibirku. Airmataku menitis...aku tertunduk diam tak terkata.. dengan nada yang teresak esak aku cuba menyusun kata "Aaabang...ada sesuatu yang Maria ingin jelaskan..mmm" aku terhenti..berkata kata...."Maria..mmm maria..." "Kenapa Maria..apa yang Maria cuba jelaskan pada abang..?"Mazlan kelihatan bingung dengan perlakuanku..."Maria bukan dara lagi bang..Maria telah ternoda..." Malam itu aku menceritakan semua apa yang telah terjadi antara aku dan Dahlan...Mazlan terkejut sambil mengelingkan kepala..dia berjalan ke depan ke belakang berulangkali...Aku teresak esak menangis bersujud dikaki Mazlan. "Maafkan Maria bang..bukan niat Maria nak menipu abang dan menyembunyikan hal sebenar..tak ada niat dihati Maria nak melukakan hati abang...""Maria sedar Maria tak setaraf dengan abang.. Maria kotor penuh dengan dosa.."sambungku merintih sebak menyesali masa laluku.Mazlan tetap diam membisu. "Cakap la sesuatu bang..Maria terima apa sahaja hukuman abang..""Maria tahu Maria bersalah kerana merahsiakan hal ini pada abang...Maria cuma ingin membina hidup baru dengan abang.. maafkan la Maria bang..."
Mazlan menatap ku tajam.. sambil menarik nafas panjang.. tanganku ditepis.."Maria..abang cintakan Maria tapi...""Tapi abang tak dapat menerima hakikat yang Maria telah ternoda...,Maria!..abang ceraikan Maria dengan talak tiga..maafkan abang.."sambung Mazlan. Aku terkejut dengan ucapan Mazlan.."Abangggggggg.. sampai hati abang melepaskan Maria.."Aku meraung sekuat hati..Hinakah aku ini. Sekali lagi aku dicampakkan tanpa belas kasihan. Besar sangatkah dosa aku ini. Apakah ini perjalanan hidupku. Raungan tangis ku kedengaran..ibu yang di dapur belari ke bilikku..
"Apa yang telah terjadi Mazlan..? Maria?.. Kenapa kau menangis nak?..bertalu talu pertanyaan ibu.
"Maafkan Mazlan mak.."ucap Mazlan sambil berlalu pergi meninggalkan aku dan ibu yang kebingungan.
Pagi yang cerah seakan akan kelam bagiku. Ku langkahkan kaki menuju ke perhentian bas ,ingin pulang segera ke Kuala Lumpur membawa hati yang luka.Kejadian semalam menelan semua impian dan semangat hidupku. Di perhentian bas aku terlihat seseorang berlari lari ke arahku..Semakin dekat bayangan itu menghampiri.. aku tersentak.. "Mazlan?"...."Maria.. jangan pergi Maria.. maafkan abang..abang khilaf Maria..abang dihantui perasaan marah..Maria tidak bersalah..kerana dia Maria ternoda.. siapalah abang untuk menghukum Maria.."Mazlan memujukku..Ku ketap bibir , ku pejamkan mata.. nafasku tarik panjang.."Abang.. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...kita takkan mungkin lagi bersama.. lupakah abang, Maria telah diceraikan talak tiga..biarlah ini menjadi suatu pengajaran buat Maria...maafkan Maria abang dan terima kasih kerana sudi menerima Maria .."Ku kucup dan salam tangan Mazlan buat kali terakhir.. Mazlan terduduk menangis menyesali perbuatannya.Bas aku naiki..lambaian Mazlan semakin jauh hilang dari pandangan... Aku pergi takkan kembali lagi..pergi membawa hati yang luka ,pedih dan sakit. Airmataku usap yang jatuh mengalir ke pipi, hatiku berbisik ..."Biarlah ia jadi kenangan yang tak terlupakan.....selamat tinggal..,abang Mazlan....".....