Dear Readers,

"Almost everyone has suffered painful,sad and happy moments when falling in love and life. In this page, we share some of the sad, happy, love, life story , short novel, articles and quotes, hope you can find your feeling here and feel better!"
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup, tetapi benih tidak akan tumbuh seandainya tidak dipupuk dengan keberanian,cinta dan kasih sayang. Hidup bukan tentang mendapatkan apa yang kita inginkan, tetapi tentang menghargai apa yang kita miliki, dan sabar menanti yang akan menghampiri.. .Selagi ada cinta selagi itulah ada harapan dalam kehidupan xx

Almost everyone has suffered painful and sad when falling in love. That is a inevitable part when two people in love with each other. In this page, we share some of the best sad love quotes, hope you can find your feeling here and feel better! - See more at: http://sayingimages.com/sad-love-quotes-heart-broken-quotes/#sthash.VNbMeqQS.dpuf
Almost everyone has suffered painful and sad when falling in love. That is a inevitable part when two people in love with each other. In this page, we share some of the best sad love quotes, hope you can find your feeling here and feel better! - See more at: http://sayingimages.com/sad-love-quotes-heart-broken-quotes/#sthash.VNbMeqQS.dpuf
Almost everyone has suffered painful and sad when falling in love. That is a inevitable part when two people in love with each other. In this page, we share some of the best sad love quotes, hope you can find your feeling here and feel better! - See more at: http://sayingimages.com/sad-love-quotes-heart-broken-quotes/#sthash.VNbMeqQS.dpuf

Translate

Thursday, 17 September 2020

Luahan Hati Seorang Ibu

Assalamualikum pembaca blog ku. Rasanya dah terlalu lama aku menyepi. Hari ni rasa nak berkongsi cerita. Setelah bertahun lamanya melewati masa masa menyekolahkan anak anakku yg telah dewasa, masa itu aku lalui lagi dengan anak kecikku Rhianna Ariana yang berumur 4tahun. 
Pada mulanya Rhianna tiada masaalah untuk ke sekolah ,entah tiba tiba Rhianna kerap kali menangis setiap kali aku hendak menghantarnya ke sekolah.
Aku rasa ramai ibu ibu di luar sana yang mengalami apa yang aku alami.
Melihat anak meraung menangis ,menarik narik baju ku, meruntun hati seorang ibu. Ibu mana lah yang sanggup melihat anaknya menitis airmata ibarat cubit peha kiri peha kanan juga terasa.
Alahai anakku Rhianna...semoga kau tabah ye anak.  Membesar jadi anak yang solehah, bijak dan kuat mengharungi hidup.
Mama always love you sayang

Monday, 9 March 2020

Maafkan aku jika aku tidak Sempurna (Hanya luahan hati seorang Isteri, Ibu dan nenek)

Rasanya dah lama tak menulis kat blog ni. Kehidupan hari hari ku yang sibuk membuat minatku dalam penulisan terbantut. Ye lah bukan senang menjadi seorang isteri, ibu dan nenek. Tanggungjawab yang besar ,pada siapa yang memiliki title macam aku ni , diorang akan paham. Kitalah yang harus menjaga semua orang dalam keluarga tapi kadang2 suami dan anak2 tak tahu menjaga hati kita. 
Kadang2 ada hari hari dan masa masa aku jadi emotionally breakdown, otak ni rasa drained out habis. Kadang laki2 ni ingat jadi isteri ni senang duduk rumah goyang kaki tak payah kerja. Laki tiap bulan bagi duit. Hmmm alahai padahal jadi surirumah la kerja yg tak pernah habis. Celik je biji mata pagi2 dah sibuk kemas rumah, jaga sikecik, masak, cuci baju, ha belum lagi angkat baju, lipat baju. Ada lagi yang mengatur perbelanjaan dapur isteri jugak yang buat, bayar bil2, sewa rumah tu pun kerja isteri. Kalau ada barang di rumah rosak isteri juga yang kena jadi pomen. Bak kata serba serbi surirumah ni mesti pandai multitask la. Anak anak pula kadang tahu minta je, kalau kita minta tolong , nak kena bagi upah. 
Hissshhh tak paham budak2 sekarang kena tegur , kena upah baru berjalan nak tolong, kalau tak hampehh... 
Bila anak anak dah besar kita ingat boleh tolong kita tapi tidak juga, bila dia orang dah kahwin , nak beranak, mak juga yang jaga sampai baik. Mak la yang jadi nurse, jadi dokter, jadi pengasuh, jadi bibik. Mana nak layan suami, mana nak layan anak , mana nak layan cucu. 
Kalau lelaki senang je kerja , pergi kerja balik kerja. Yang kita surirumah around the clock bekerja, kalau ada anak kecik 24jam mata nak kena alert. 
Sebab tu kadang2 emosi aku terganggu, sedih sebab, kita ni kalau dah jadi isteri ,emak dan nenek, sakit pening kita simpan sendiri. Tahankan hati. Pikir kalau aku sakit siapalah nak jaga suami, anak anak dan cucu. 
So bila sakit tu , diam je, makan ubat buat buat sihat. Betul tak?..
Kita kalau suami sakit, anak sakit ,cucu sakit cepat je kita dah boleh tahu tapi suami, anak2 nak tahu kita sakit, sebelah mata pun tak perasan.
Bak kata menjadi surirumah tak seindah yang disangka. Mental and physical mesti kuat, kalau tak  nanti boleh duduk hospital gila jadinya.
Untuk aku selagi aku boleh bertahan hingga nafas ku yang terakhir , aku akan terus berjuang untuk kebahagian suami, anak anak dan cucu ku.
Biarlah  segala penat, sakit, luka di hati aku telan sendiri. Selagi aku mampu. Aku tahu Allah maha mengetahui  apa yang aku lalui dan apa yang aku rasa. Hidup dan mati aku hanya untuk kebahagian orang orang yang aku sayang, suami, anak anakku dan cucuku.
Melihat mereka bahagia sudah cukup  membuat aku bahagia biarpun menjalaninya ada liku liku pahit yang harus aku telan. Aku akur dengan apa yang sudah tertulis. Semoga Allah memberikan aku kekuatan selagi hayatku ada.
Akhirkata, 
Duhai suami,anak anak dan cucu tercinta,
Ketahuilah nawaitu hidupku hanya untuk kalian semua. 
Andai boleh ku sulam awan,
Akan ku jadikan bantal lena tidurmu,
Andai boleh ku gumpal ombak ,
Akan ku jadikan alunan melodi tidurmu,
Andai boleh ku capai bulan,
Akan ku jadikan cahaya indah menerangi sinar hidupmu..
Tiada gunung tiada  lautan,
Yang dapat menandingi kebesaran 
Kasih dan cintaku
Padamu semua...
Percayalah hidup dan matiku hanya
Untukmu keluargaku
Maafkan aku jika aku tidak sempurna
😘😘😘😘
I love you always and forever


Tuesday, 11 February 2020

Lahirnya seorang puteri puteri hatiku

Wahhh diam tak diam sudah tahun 2020. .6 tahun mendiamkan diri, sibuk dengan keluarga. Apa apa pun aku kini bahagia ,anak bertambah, dari 5orang ke 6 orang. Rhianna Ariana puteri terakhirku lahir pada 5hb ogos 2016. Kini dia telah berumur 3 tahun. Hasil buah cintaku bersama suami mat salehku yg tersayang. Alhamdulillah Hehehe dapat jugalah ye anak kacuk. Dan pada masa yg sama sekarang aku juga telah bergelar seorang nenek. Cucu pertama ku selamat dilahirkan pada 30hb Februari 2020 dari anakku yg nombor 4. Ni lah kalau dah lama menyepi macam2 hal kisah aku nak berkongsi. Rasanya cukup setakat ini update dariku, insyallah ada umur panjang, aku membawang lagi. Almaklum bila ada anak kecik ni masa sangat terhad, kualiti masa banyak dihabiskan untuk spent time dengan anak dan cucu. Ye takkk 🥰🥰

Tuesday, 24 March 2015

Cinta dan Perkahwinan


Adakah Cinta itu buta?. Cinta itu tidak buta tapi manusia yang buta akal dan hati. Ini bermaksud kita mencintai seseorang tanpa sebarang alasan yang pasti. Kita jatuh cinta kepada seseorang dan kita tidak tahu alasan mengapa kita jatuh cinta dengan seorang lelaki ataupun perempuan. Kebanyakkan manusia telah lupa bahawa yang telah meletakkan cinta terhadap seseorang di dalam hati kita adalah tiada yang lain melainkan Pencipta manusia.Tiada sesiapa pun yang boleh memberikan cinta melainkan Allah. Allah yang Esa yang telah meletakkan cinta kepada seseorang di dalam hati di luar kawalan kita. Kita tidak boleh samaada meningkatkan dan mengurangkan jumlah cinta kepada seseorang di dalam hati kita melainkan dengan izin Allah. Allah yang letakkan cinta ke dalam hati untuk semua ibu terhadap anaknya. Allah menggunakan cinta sebagai maksud untuk melindungi dan memelihara anak-anak kecil yang tiada berdaya. Seorang ibu boleh berjaga setiap malam tanpa tidur, untuk memberi makan dan daripada anaknya menangis kerana Allah telah pupuk kasih sayang terhadap anaknya di dalam hati seorang ibu. Tiada siapa yang boleh menyemai cinta melainkan Allah. Apabila Allah tanamkan cinta ke dalam hati kita terhadap seseorang kita tidak dapat jumpa sebarang alasan, kenapa kita ada cinta terhadap seseorang itu. Kita tidak boleh cinta atau tidak cinta kepada seseorang dengan kita punya pilihan. Kita sebenarnya tiada pilihan. Apabila Allah telah tanamkan cinta terhadap seseorang di dalam hati, kita tiada pilihan melainkan terus mencintai orang itu. Allah masukkan di dalam hati kita cinta terhadap seseorang sebagai ujian untuk kita. Kita juga diuji dengan cara yang sama apabila Allah memberikan kekayaan dan kuasa. Allah menguji kita supaya kita dapat mengukur tahap iman kita. Kita akan mengetahui bahawa iman kita lemah apabila kita melanggar perintah Allah.
Adakah cinta membawa kepada perkahwinan? Kita boleh mencintai seseorang tetapi tidak menjadi satu kepastian bahawa akhirnya kita akan berkahwin dengan seseorang itu. Allah yang Esa yang membuatkan kita jatuh cinta dengan seseorang dan hanya Allah yang boleh bagi kita berkahwin dengan seseorang tersebut. Tiada yang berkuasa memasukkan cinta terhadap seseorang ke dalam hati kita melainkan Allah dan hanya Dia yang boleh bagi kita berkahwin dengan seseorang. Dengan kuasa Allah yang menjadikan kita jatuh cinta pada seseorang. Tetapi cinta tiada berkuasa membuatkan kita berkahwin dengan perempuan tersebut. Cinta hanya ciptaan dan Allah yang berkuasa yang menanamkannnya ke dalam hati kita. Tiada yang berkuasa menentukan perkahwinan kita melainkan Allah. Allah boleh menjadikan kita berkahwin dengan seseorang yang tidak kita cintai sepenuhnya. Allah yang izinkan dan tidak izinkan kita untuk berkahwin dengan seseorang yang kita cintai. Dialah Allah dan bukan cinta yang akan menyebabkan kita berkahwin dan ini di kenali sebagai jodoh. Jika kita tiada jodoh dengan seseorang kita tidak akan dapat berkahwin dengan seseorang. Kita boleh membuat segala usaha untuk berkahwin yang kekasih kita tetapi jika Allah tidak mengizinkan kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, kita tidak akan dapat berkahwin dengan lelaki atau perempuan itu. Ramai orang tidak dapat menerima hakikat bahawa tiada yang dapat bagi kita kahwin melainkan Allah. Cinta tidak dapat buat kita berkahwin dan Allah boleh. Allah boleh buat kita berkahwin seseorang yang kita tidak cinta dan seseorang yang kita cinta. Seorang perempuan telah mengatakan kepada kawan saya bahawa dia tidak akan berkahwin dengan lelaki itu kerana dia tidak cinta kepadanya. Ini adalah perkataan yang salah bahawa kita tidak akan berkahwin dengan seseorang yang kita tidak cinta kerana cinta bukannya Allah. Hanya Allah yang berkuasa membuatkan kita berkahwin. Apabila kita percaya bahawa cinta mempunyai kuasa untuk membuatkan kita berkahwin, kita akan menjadi kecewa dan dukacita apabila kita tidak dapat berkahwin dengan kekasih yang kita cintai.
Ramai perempuan dan lelaki tersiksa daripada kekecewaan dan kedukacitaan akibat mereka tidak dapat berkahwin dengan kekasih hatinya. Sesetengahnya ingin sampai ke tahap bunuh diri. Kita menjadi kecewa dan terdesak apabila kita tidak dapat berkawin dengan kekasih hati kerana kita percaya bahawa cinta mempunyai kuasa untuk membuatkan kita berkahwin dengan seseorang itu. Kita hendaklah tahu bahawa cinta dan perkahwinan adalah dua perkara yang berbeza dan tiada berkaitan. Kita boleh jatuh cinta antara satu sama lain tetapi tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan antara kita. Dalam perkataan lain kita boleh berkahwin dengan seseorang yang kita tidak cintai. Kita cinta suami tetapi mungkin suami tidak mencintai kita dan sama juga dengan kita cinta isteri tetapi mungkin isteri tidak mencintai kita. Perkahwinan hanya sebuah kontrak di antara seorang wanita dan lelaki yang mana tidak semestinya cinta antara satu sama lain. Apabila Allah telah takdirkan kita berkahwin dengan seseorang yang kita cinta atau tidak cinta , kita tiada pilihan dan berkahwin dengan dia. Ia bukanlah kejayaan apabila kita berkahwin dengan seseorang yang kita cinta dan bukanlah satu kegagalan apabila kita berkahwin dengan seseorang yang tidak kita cintai. Perkahwinan hanyalah sebuah kontrak dan apabila kita memenuhi perintah Allah maka kita berjaya. Sebab kita berkahwin hendaklah hanya kerana ini adalah perintah Allah dan niat kita berkahwin hanya untuk sukakan Allah. Kita tidak sepatutnya berkahwin kerana kita mencintai dan niat berkahwin sepatutnya bukan untuk sukakan pasangan kita. Cinta adalah ciptaan Allah dan ia boleh datang dan pergi.  Apabila kita berkahwin kerana kita mencintai, perkahwinan kita akan kekal selagi mana kita mencintai sesama kita. Apabila kita mendapati yang kita tidak lagi mencintai sesama kita maka perkahwinan kita akan berakhir dengan penceraian.Akhirnya kita akan menemui kegagalan.
Sebuah perkahwinan yang bermula dengan niat yang betul akan kekal hingga ke akhir hayat.Percayalah..