Dear Readers,

"Almost everyone has suffered painful,sad and happy moments when falling in love and life. In this page, we share some of the sad, happy, love, life story , short novel, articles and quotes, hope you can find your feeling here and feel better!"
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup, tetapi benih tidak akan tumbuh seandainya tidak dipupuk dengan keberanian,cinta dan kasih sayang. Hidup bukan tentang mendapatkan apa yang kita inginkan, tetapi tentang menghargai apa yang kita miliki, dan sabar menanti yang akan menghampiri.. .Selagi ada cinta selagi itulah ada harapan dalam kehidupan xx

Almost everyone has suffered painful and sad when falling in love. That is a inevitable part when two people in love with each other. In this page, we share some of the best sad love quotes, hope you can find your feeling here and feel better! - See more at: http://sayingimages.com/sad-love-quotes-heart-broken-quotes/#sthash.VNbMeqQS.dpuf
Almost everyone has suffered painful and sad when falling in love. That is a inevitable part when two people in love with each other. In this page, we share some of the best sad love quotes, hope you can find your feeling here and feel better! - See more at: http://sayingimages.com/sad-love-quotes-heart-broken-quotes/#sthash.VNbMeqQS.dpuf
Almost everyone has suffered painful and sad when falling in love. That is a inevitable part when two people in love with each other. In this page, we share some of the best sad love quotes, hope you can find your feeling here and feel better! - See more at: http://sayingimages.com/sad-love-quotes-heart-broken-quotes/#sthash.VNbMeqQS.dpuf

Translate

Tuesday 24 March 2015

Cinta dan Perkahwinan


Adakah Cinta itu buta?. Cinta itu tidak buta tapi manusia yang buta akal dan hati. Ini bermaksud kita mencintai seseorang tanpa sebarang alasan yang pasti. Kita jatuh cinta kepada seseorang dan kita tidak tahu alasan mengapa kita jatuh cinta dengan seorang lelaki ataupun perempuan. Kebanyakkan manusia telah lupa bahawa yang telah meletakkan cinta terhadap seseorang di dalam hati kita adalah tiada yang lain melainkan Pencipta manusia.Tiada sesiapa pun yang boleh memberikan cinta melainkan Allah. Allah yang Esa yang telah meletakkan cinta kepada seseorang di dalam hati di luar kawalan kita. Kita tidak boleh samaada meningkatkan dan mengurangkan jumlah cinta kepada seseorang di dalam hati kita melainkan dengan izin Allah. Allah yang letakkan cinta ke dalam hati untuk semua ibu terhadap anaknya. Allah menggunakan cinta sebagai maksud untuk melindungi dan memelihara anak-anak kecil yang tiada berdaya. Seorang ibu boleh berjaga setiap malam tanpa tidur, untuk memberi makan dan daripada anaknya menangis kerana Allah telah pupuk kasih sayang terhadap anaknya di dalam hati seorang ibu. Tiada siapa yang boleh menyemai cinta melainkan Allah. Apabila Allah tanamkan cinta ke dalam hati kita terhadap seseorang kita tidak dapat jumpa sebarang alasan, kenapa kita ada cinta terhadap seseorang itu. Kita tidak boleh cinta atau tidak cinta kepada seseorang dengan kita punya pilihan. Kita sebenarnya tiada pilihan. Apabila Allah telah tanamkan cinta terhadap seseorang di dalam hati, kita tiada pilihan melainkan terus mencintai orang itu. Allah masukkan di dalam hati kita cinta terhadap seseorang sebagai ujian untuk kita. Kita juga diuji dengan cara yang sama apabila Allah memberikan kekayaan dan kuasa. Allah menguji kita supaya kita dapat mengukur tahap iman kita. Kita akan mengetahui bahawa iman kita lemah apabila kita melanggar perintah Allah.
Adakah cinta membawa kepada perkahwinan? Kita boleh mencintai seseorang tetapi tidak menjadi satu kepastian bahawa akhirnya kita akan berkahwin dengan seseorang itu. Allah yang Esa yang membuatkan kita jatuh cinta dengan seseorang dan hanya Allah yang boleh bagi kita berkahwin dengan seseorang tersebut. Tiada yang berkuasa memasukkan cinta terhadap seseorang ke dalam hati kita melainkan Allah dan hanya Dia yang boleh bagi kita berkahwin dengan seseorang. Dengan kuasa Allah yang menjadikan kita jatuh cinta pada seseorang. Tetapi cinta tiada berkuasa membuatkan kita berkahwin dengan perempuan tersebut. Cinta hanya ciptaan dan Allah yang berkuasa yang menanamkannnya ke dalam hati kita. Tiada yang berkuasa menentukan perkahwinan kita melainkan Allah. Allah boleh menjadikan kita berkahwin dengan seseorang yang tidak kita cintai sepenuhnya. Allah yang izinkan dan tidak izinkan kita untuk berkahwin dengan seseorang yang kita cintai. Dialah Allah dan bukan cinta yang akan menyebabkan kita berkahwin dan ini di kenali sebagai jodoh. Jika kita tiada jodoh dengan seseorang kita tidak akan dapat berkahwin dengan seseorang. Kita boleh membuat segala usaha untuk berkahwin yang kekasih kita tetapi jika Allah tidak mengizinkan kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, kita tidak akan dapat berkahwin dengan lelaki atau perempuan itu. Ramai orang tidak dapat menerima hakikat bahawa tiada yang dapat bagi kita kahwin melainkan Allah. Cinta tidak dapat buat kita berkahwin dan Allah boleh. Allah boleh buat kita berkahwin seseorang yang kita tidak cinta dan seseorang yang kita cinta. Seorang perempuan telah mengatakan kepada kawan saya bahawa dia tidak akan berkahwin dengan lelaki itu kerana dia tidak cinta kepadanya. Ini adalah perkataan yang salah bahawa kita tidak akan berkahwin dengan seseorang yang kita tidak cinta kerana cinta bukannya Allah. Hanya Allah yang berkuasa membuatkan kita berkahwin. Apabila kita percaya bahawa cinta mempunyai kuasa untuk membuatkan kita berkahwin, kita akan menjadi kecewa dan dukacita apabila kita tidak dapat berkahwin dengan kekasih yang kita cintai.
Ramai perempuan dan lelaki tersiksa daripada kekecewaan dan kedukacitaan akibat mereka tidak dapat berkahwin dengan kekasih hatinya. Sesetengahnya ingin sampai ke tahap bunuh diri. Kita menjadi kecewa dan terdesak apabila kita tidak dapat berkawin dengan kekasih hati kerana kita percaya bahawa cinta mempunyai kuasa untuk membuatkan kita berkahwin dengan seseorang itu. Kita hendaklah tahu bahawa cinta dan perkahwinan adalah dua perkara yang berbeza dan tiada berkaitan. Kita boleh jatuh cinta antara satu sama lain tetapi tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan antara kita. Dalam perkataan lain kita boleh berkahwin dengan seseorang yang kita tidak cintai. Kita cinta suami tetapi mungkin suami tidak mencintai kita dan sama juga dengan kita cinta isteri tetapi mungkin isteri tidak mencintai kita. Perkahwinan hanya sebuah kontrak di antara seorang wanita dan lelaki yang mana tidak semestinya cinta antara satu sama lain. Apabila Allah telah takdirkan kita berkahwin dengan seseorang yang kita cinta atau tidak cinta , kita tiada pilihan dan berkahwin dengan dia. Ia bukanlah kejayaan apabila kita berkahwin dengan seseorang yang kita cinta dan bukanlah satu kegagalan apabila kita berkahwin dengan seseorang yang tidak kita cintai. Perkahwinan hanyalah sebuah kontrak dan apabila kita memenuhi perintah Allah maka kita berjaya. Sebab kita berkahwin hendaklah hanya kerana ini adalah perintah Allah dan niat kita berkahwin hanya untuk sukakan Allah. Kita tidak sepatutnya berkahwin kerana kita mencintai dan niat berkahwin sepatutnya bukan untuk sukakan pasangan kita. Cinta adalah ciptaan Allah dan ia boleh datang dan pergi.  Apabila kita berkahwin kerana kita mencintai, perkahwinan kita akan kekal selagi mana kita mencintai sesama kita. Apabila kita mendapati yang kita tidak lagi mencintai sesama kita maka perkahwinan kita akan berakhir dengan penceraian.Akhirnya kita akan menemui kegagalan.
Sebuah perkahwinan yang bermula dengan niat yang betul akan kekal hingga ke akhir hayat.Percayalah..